PES MASAKAN IBU
Pes masakan ibu ini dihasilkan di rumah secara kecil-kecilan oleh seorang chef yang mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam dunia kulinari hotel.
Antara hotel bertaraf 5 bintang yang pernah beliau berkhidmat termasuk The Datai, The Ritz-Carlton, The Westin Resort, Pelangi Beach Resort, dan beberapa lagi hotel terkemuka di sekitar Pulau Langkawi.
Kesemua jenis sambal ini tidak mengandungi MSG, gula putih, garam putih dan juga bahan pengawet. Juga tidak mengandungi belacan dan udang kering.
...
1. PES SAMBAL SPUTNIK

Sesuai digunakan untuk pelbagai jenis hidangan, sama ada sebagai perapan ayam dan daging, mahupun untuk gorengan seperti mee goreng, bihun goreng, dan nasi goreng.
Pedasnya tak begitu terasa, sesuai untuk anak 2 tahun ke atas.
Bahan-bahan ramuan: bawang merah, bawang putih, cili, minyak, rempah ratus pilihan, daun herba pilihan, gula merah, garan Himalaya.

Megi goreng yang dimasak menggunakan Pes Sambal Sputnik.
...
2. PES IBU SAMBAL

Sesuai dijadikan sebagai pes cili kisar dan mempercepatkan tempoh menumis sambal dan menjimatkan masa di dapur. Boleh digunakan dalam apa-apa masakan sebagai ganti kepada cili kisar.
Pedasnya tak begitu terasa, sesuai untuk anak 2 tahun ke atas.
Bahan-bahan ramuan: bawang merah, bawang putih, cili, serai, minyak, rempah ratus pilihan, gula merah, garan Himalaya


